Saturday, December 19, 2009

Team Media



Peserta Konvoi UTHM Jelajah Sabah 2009 ini terut disertai oleh dua orang wakil dari pihak media iaitu Khatijah Ibrahim dari Utusan Malaysia serta Stephan Jipolin Jouti dari Jabatan Penerangan Sabah.
Kedua-dua mereka mengikuti sepenuhnya ekspedisi Jelajah Sabah ini dan melalui semua aktiviti yang dilaksanakan sepanjang penjelajahan ini.



Hasil kerjasama yang diberikan telah membolehkan hebahan mengenai program jelajah ini tersiar di akhbar dan di Radio RTM Sabah.



Selain dari itu, urusan hebahan dan siar raya turut dibantu oleh team media UCiTV UTHM yang diwajili oleh Nazar (Video) dan Jaafar (foto). Mereka telah merakamkan setiap aktiviti yang dilaksanakan dengan jayanya.



Hebahan program ini turut dibuat secara berterusan melalui laman blog ini oleh penulis sendiri mewakili Unit Perhubungan Awam UTHM

1 comment:

  1. Salam sejahtera.

    Di ruang ini, aku cuma nak ucap terima kasih kpd team media kerna telah cover cerita jelajah ini dgn baik sekali.

    Tabik jepang dari aku.

    ReplyDelete