Saturday, December 12, 2009

Semangat KMJ Jadi Azimat


Kembara Mahkota Johor (KMJ) sememangnya satu acara tahunan yang amat dinanti-nantikan seluruh rakyat Negeri Johor. Program cetusan idea dan naungan Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar ini telah lebih 10 tahun dilaksanakan dengan menjelajah setiap pelosok Negeri Johor menjadikan DYAM Tunku Mahkota begitu dekat di hati rakyat.

Kreativiti DYAM Tunku amat terserlah apabila saban tahun, pelbagai kelainan dan keunikan ditonjolkan. Sama ada menjelajah dengan motosikal besar, kenderaan pacuan empat roda mahupun kenderaan atas air, KMJ sentiasa menampilkan keistimewaan yang menjadi simbol kebijaksanaan DYAM Tunku.

UTHM sebagai sebuah universiti yang dinaungi DYAM Tunku sebagai Canselor, memberi dokongan dan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap usaha murni yang digagaskan DYAM Tunku Canselor ini. Di bawah perkenan Baginda, UTHM telah diberi peluang untuk menyertai acara KMJ ini sejak mula ianya dilaksanakan.


Sent from Shafry's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment: