Wednesday, December 16, 2009

Sumbangan Kilat Buat Mangsa Kebakaran Kampung Air

Semporna digemparkan dgn kejadian kebakaran berpuluh rumah di Kampung Air petang semalam.
Tiga beradik disahkan mati rentung di dlm rumah yg terkunci. Ketika itu ibu mereka berada di hospital kerana baru lepas bersalin. Kebakaran tersebut telah menyebabkan lebih 30 keluarga hilang tempat berteduh.
Peserta Konvoi berasa amat sedih dgn nasib malang yg menimpa mangsa kebakaran ini. Satu perbincangan kecil dipengerusikan Prof. Amir telah diadakan. Hasilnya persetujuan dicapai untuk mengumpul dana kilat dan menyampaikan sumbangan kpd mangsa pada petang ini juga!.

Jentera & persiapan terus digerakkan.
Jam 5 ptg rombongan Konvoi Jelajah Sabah UTHM mengunjungi mangsa kebakaran di penempatan sementara Dewan Masyarakat Semporna.

Dana kilat yg diperolehi sebanyak RM1500 digunakan utk membeli keperluan asas spt baldi, biskut, lampin pakai buang, sabun serta ubat-ubatan. Sumbangan disampaikan kpd wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertugas di situ.


Selepas itu konvoi turut mengunjungi lokasi kebakaran iaitu Kampung Air yang terletak berhampiran dengan bandar Semporna.



Sent from Shafry's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

  1. sian nye..syabas u ol..

    ReplyDelete
  2. Aduhhhhhh...tabikkk buat kauorang semua, buat UTHM. Dengan Hikmah Kita Meneroka.

    Dalam perjalanan ini apa2 sekalipun terjadi selagi nyawa di kandung badan, kelangsungan hidup harus dan mesti diteruskan.

    ReplyDelete