Bertolak dari UTHM
12 Disember 2009: Tepat jam 9.30 pagi bermulalah pergerakan peserta kembara Jelajah Sabah 2009 apabila sebuah bas dan sebuah van digunakan untuk membawa para peserta dan keperluan kembara bermula dari Dataran Terbuka UTHM ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Senai Johor Bahru.Bagi memohon perlindungan dan keberkatan dari yang Maha Esa, doa ringkas dipimpin oleh En. Basari Yahya di atas bas sambil diaminkan oleh semua peserta lain. Ya Malikassamaa'i wal ard berkatilah dan permudahkanlah perjalanan kami ini, semoga apa yang drancangkan dapat dilaksana dengan jayanya..Amiin.
Sent from Shafry's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment