Tuesday, December 15, 2009

Majlis Makan Malam Alumni bersama Konvoi Jelajah Sabah dan Anak-Anak Yatim


Malam ini peserta Konvoi dijemput menghadiri Majlis Makan Malam Alumni (Sektor Tawau) di Hotel Promenade Tawau. Wakil Rakyat Apas, YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menjadi tetamu VIP untuk majlis ini.


Turut hadir, Prof. Dr. Ir. Amir Hashim Mohd Kassim TNC (HEP&A), Pengarah Kolej Komuniti Tawau, En. Samsudin Abdullah dan Tuan Haji Ahmad b. Siong, Pengerusi Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh Tawau.


Selain mendengar beberapa ucapan, hadirin turut dipersembahkan dengan tayangan video-video promosi UTHM serta paparan gambar-gambar kembara UTHM Jelajah Sabah 2009.
Pada majlis ini, UTHM menyampaikan sembangan  mesin basuh, printer warna, sterika serta keperluan peralatan sekolah kepada anak-anak yatim dari asrama Ar-Raudhah. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB Taufiq.

Sent from Shafry's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment