Dari Keningau kamu melalui perkampungan orang Murut dan melalui pekan kecil benama Sook. Tidak jauh dari situ kami tiba di sebuah pekan kecil iaitu Nabawan. Kami dapati kehidupan di pekan ini agak santai dan ringkas. Ramai anak muda dan lalki dewasa di situ sedang asyik menikmati sarapan pagi di warong-warong dan sebahagian lagi memberi penuh tumpuan terhadap permainan billiard di beberapa pusat permainan billiard di situ.
Peserta konvoi berpeluang memerhati secara dekat suasana waktu pagi di pekan tersebut, bertegur sapa dengan sebahagian daripada mereka, mengedarkan item-item promosi dan tidak ketinggalan menikmati teh tarik di warong berdekatan.
No comments:
Post a Comment