Wednesday, December 9, 2009

Amanat dari Naib Canselor


Satu sesi taklimat khas untuk semua peserta Program Jelajah Sabah 2009 ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Eksekutif UTHM pada 8 Disember 2009.

Taklimat awal telah disampaikan oleh Penyelaras Program, En Haizal Ahmad yang memberi maklumat tentang jadual pergerakan, aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan, senarai keperluan yang perlu dibawa dan beberapa informasi lain.

Naib Canselor UTHM Profesor Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin, individu yang mencetuskan idea pelaksanaan program ini telah menyampaikan amanat dan pelbagai kata nasihat kepada para peserta sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran semasa di Sabah nanti.

Sebagai seorang yang pernah berkhidmat kira-kira 16 tahun di Negeri di Bawah Bayu ini, Dato' Dr. Noh mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang amat luas berkenaan selok belok sosio budaya, politik dan adat resam yang terdapat di negeri sabah. Beliau meluangkan masa lebih sejam berinteraksi dengan para peserta dan memberikan pelbagai tips, panduan dan nasihat berguna yang bakal menjadi bekalan buat para peserta.

Antara pesanan penting yang diberikan Dato' Dr. Noh adalah keperluan bagi setiap peserta program mempersiapkan diri dari sudut mental dan fizikal bagi menghadapi situasi mencabar sepanjang program itu nanti. Beliau turut menggesa semua peserta agar mempersiapkan diri dengan maklumat dan latar belakang mengenai semua lokasi yang akan disinggahi. Katanya lagi, semua peserta perlu memainkan peranan masing-masing dengan sebaik-baiknya agar program ini dapat dijayakan dengan cemerlang.

Turut hadir dalam sesi taklimat ini adalah Prof. Madya Siti Fauzeyah Syed Salim selaku Ketua Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat serta Prof. Dr. Abdul Aziz Dato' Abdul Samad, Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar UTHM yang akan mengetuai aktiviti penyelidikan di Lembah Danom.

2 comments:

  1. Aku mengharapkan semua yang dirancang akan berjalan dengan licin. Maklumat yg aku terima dari rakan-rakan di KK, petang tadi hujan sehingga melambatkan pendaratan k/terbang delegasi UTHM. Cobaaan...

    Satu permintaan dari aku (aku juga warga UTHM)ialah perjalanan kauorang, pengalaman kauorang dan gambar2 kauorang tu mesti dibukukan, hasilkan buku perjalanan "Jelajah Sabah: Jambatan Harmoni Dari Parit Raja". Ini cadangan nama buku dari aku. Itupun kalau kauorang tak sempat nak pikir. Tebal ke... nipis ke... janji aku dapat tengok dan baca. Biar ia menjadi satu...... bagi UTHM.

    ReplyDelete
  2. Hehehehe!!! ajku sokong 300% psal wat buku tu. Sekurang2 nya ade kenangan dari program yang dilaksanakan nie ....

    ReplyDelete