Rombongan disambut Timbalan Pengetua Ust. Abd Ghapar Abd Rahman.
Rumah ini ditubuhkan pada 1983 dan dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam Sabah. Idea penubuhan datang dari Datuk Hj Harris Mohd Salleh yg memimpin Parti Berjaya pada ketika itu.
Kos pembinaan asrama berkeluasan 15 hektar ini adalah RM 3.5 juta. Ini merangkumi kemudahan asrama, pejabat, dewan, padang dan surau.
Pengasas dan Pengetua pertama Rumah Anak Yatim ini adalah seorang warga Australia bernama Hj. Luqman Hakim Landy.
Pada ketika ini rumah ini dihuni 153 anak yatim yg datang dari seluruh pelusuk Sabah. Keutamaan adalah anak2 yg yatim piatu. Akan tetapi rumah ini turut menerima anak2 dari keluarga fakir khasnya dari suku kaum Dusun.
Penubuhan rumah yatim ini sememangnya bermotifkan dakwah. Pada tahun 1983, tidak ada satu rumahpun di sekitar rumah ini didiami oleh orang Islam. Pada hari ini beberapa kediaman orang Islam telah mula wujud.
Salah satu usaha dakwah yg berkesan yg telah dilksanakan rumah ini adalah menerima kemasukan anak2 yatim bukan Islam tinggal di rumah ini.
Kira2 20 anak yatim bukan Islam pernah mendiami rumah ini termasuklah 2 beradik yg sdg mendiami rumah ini skrg. Menurut Ust Gapar hampir semua anak2 bukan Islam ini memeluk Islam dan sbhgnya pula turut membawa ibu atau bapanya memeluk Islam.
Dalam kunjungan ini UTHM telah menyampaikan sumbangan dalam bentuk barangan spt bag & peralatan sekolah, printer dll.
Selesai acara di Rumah Ank Yatim tersebut kami bergerak ke bandar Tambunan dan singgah di Masjid Nurul Iman bagi menunaikan Solat Jumaat. Masjid ini terletak di atas bukit, oleh itu suara Khatib yang menyampaikan khutbah dapat didengari agak jelas dari kawasan pekan yang terletak dibawah bukit tersebut.
Selepas solat, peserta konvoi mengambil kesempatan mengedarkan brosur/pamplet dan item promosi kepada para jemaah yang keluar dari masjid. Ternyata sambutan yang diterima amat menggalakkan. Sebahagian daripada mereka bertanyakan pelbagai soalan berkenaan UTHM khasnya bidang pengajian dan syarat-syarat kemasukan.
Sent from Shafry's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment