Bagai tak sabar untuk melaksanakan tugas, para jurugambar yang ikut serta dalam program ini sememangnya sedari awal lagi dah main peranan. Kelihatan di gambar atas En. Jamal dari PKU merakamkan gambar di dalam pesawat MAS sebelum berlepas ke K.Kinabalu. Turut serta dalam rombongan ini adalah jurugambar dari UCiTV, En. Jaafar & En Nazar.
Setelah hampir 40 minit berlepas dari KLIA, keriuhan irama keroncong di dalam perut para peserta akhirnya diredakan dengan tibanya hidangan makan tengah hari yang begitu dinanti! Hanya ada 2 menu untuk dipilih; Nasi Goreng satay atau Mee Hoon.... Bedal aje lah....
Bila dah kenyang, mata pun dah mula kuyu! tup tup datang pula ais krim premium jenama Buskin 31 Robbins! ini memang istimewa. Di pasaran ais krim Buskin 31 Robbins ni agak mahal, kalau tak silap single scoop berharga kira-kira RM10!! Tapi tak boleh lawan Ais Krim Haegen Dazs (No 1 in the world) single scoop dah hampir RM15!
Sent from Shafry's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, December 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
makan besar..
ReplyDeleteDiharapkan semua yang mengikuti kembara jelajah sabah dapat mengambil iktibar dari pengalaman yang diikuti semasa berkembara, dan bila kembali di UTHM boleh lebih bertambah irat antara satu sama lain, jangan gadoh-gadoh. Sentiasa bersatu untuk membangunkan UTHM....
ReplyDelete