Ketahanan fizikal dan mental para pemandu UTHM sekali lagi teruji. Kali ini keadaan permukaan jalan raya dari Ranau ke Tambunan menjadi pentas menguji kecekapan pemanduan.
Selain berbukit-bukit dan banyak selekoh, permukaan jalan yang tidak bertar (tanah merah / berbatu) menjadi sebahagian dari lanskap perjalanan selama 2 jam ini.
Terdapa banyak tempat yang dalam proses membaik pulih kesan dari tanah runtuh. Di samping itu, kerja-kerja pembinaan jalan yang tidak sepenuhnya mematuhi ciri-ciri keselamatan seperti ketiadaan kon, penanda amaran dan petugas lalu lintas seringkali mencetus rasa cemas para pemandu. Banyak juga keadaan di mana jalan raya dua lorong tiba-tiba menjadi satu lorong yang sempit. Keadaan ini menjadi lebih bahaya sekiranya pembinaan tersebut dilakukan di pinggir tebing yang curam dan dalam.
Friday, December 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment