Monday, December 21, 2009

Taburan Budi Pasukan Perubatan UTHM


Dalam memenuhi misi mengeratkan hubungan dan jalinan Universiti dengan masyarakat, pasukan ekspedisi UTHM Jelajah Sabah 2009 ini turut disertai tiga oreng wakil dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Mereka adalah Sarif Amin (Penolong Pegawai Perubatan), Nor Azlina Hasan (Jururawat) dan Jamaludin Mohd Elmi (Pemandu).

Mereka telah mempamerkan perkhidmatan yang sangat cemerlang sepanjang berada di Negeri Sabah dengan menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan perubatan di tempat-tempat yang dilawati oleh pasukan konvoi.



Antara lokasi yang mendapat sambutan yang amat memberangsangkan adalah ketika di Rumah Panjang Salarom Taka Keningau dan Kampung Imam Lauhari, Tampi-Tampi Semporna. Keramahan dan layanan mesra yang diberikan telah berjaya menarik dan memikat hati para penduduk untuk mengunjungi meja bantuan perubatan yang dibuka. Para mangsa kebakaran rumah dari Kampung Air Semporna turut menerima sumbangan ubat-ubatan dari pasukan perubatan UTHM semasa kunjungan ke penempatan sementara di Dewan Masyarakat Semporna didakan.


Tahniah kepada Pusat Kesihatan Universiti UTHM!

No comments:

Post a Comment