Wednesday, December 30, 2009

Sesi Pembentangan Aktiviti Jelajah Sabah 2009

30 Dis 2009: Sesi pembentangan kepada Naib Canselor di Bilik Mesy Eksekutif.
Sent from Shafry's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 21, 2009

11 "Hero" Jelajah Sabah 2009


Apabila memperkatakan tentang program jelajah konvoi berkenderaan, tidak sempurna sekiranya tenaga tulang belakang yang menggerakkan kenderaan-kenderaan tersebut tidak disentuh!

Program jelajah ini merupakan yang pertama kali seumpamanya dianjurkan oleh UTHM. Datang dari idea dan buah fikiran Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin yang pernah berkhidmat lebih 16 tahun di Sabah, program ini sememangnya menetapkan pendedahan pemanduan mencabar kepada para pemandu Universiti sebagai salah satu objektif utama.
Senarai 11 pemandu yang terlibat adalah:
  1. EN RAZALIE RAMLI (Ketua)
  2. EN AZMAN SARIP
  3. EN BAHARUDDIN BUKARIN 
  4. EN BASARI YAHAYA
  5. EN JAMALUDIN MOHD ELMI
  6. EN KHAMSA ABU
  7. EN MOHD BASERI ROSLAN
  8. EN ROSLIZAN ROSMANUN
  9. EN YAHAYA ABU BAKAR
  10. EN ZAINUDDIN ASEMUNI
  11. EN ZALKEPALI @ ZULKEFLI AHMAD



Tindakan melibatkan 11 pemandu rasmi universiti terlibat dalam program ini merupakan satu tindakan yang tepat. Program ini telah memberi pendedahan dan pengalaman yang amat berharga kepada para pemandu yang terlibat kerana sepanjang tujuh menjelajah bumi Sabah, mereka telah melalui pelbagai bentuk permukaan dan keadaan jalan yang sungguh mencabar.

Turut menyertai 11 Pemandu yang diketuai Razalie Ramli ini adalah Juruteknik Mekanikal, Mohd Shukri Awang yang sentiasa memastikan jentera kenderaan dalam keadaan yang terbaik untuk kelancaran perjalanan.

Tiada sebarang rungutan didengar tatkala penyerahan kenderaan yang terdiri dari pelbagai jenama dan model dibuat pada hari pertama berada di Sabah. Fortuner, Land Cruiser, Hilux tiada masalah bagi mereka!
Terdapat sebahagian perjalanan yang dikategorikan sebagai "off road" dan antara yang mencabar kemahiran pemanduan adalah laluan di antara Beufort - Keningau (merentas Banjaran Crocker), Keningau - Kalabakan dan Ranau - Tambunan.


Selain tidak bertar, permukaan jalan yang tidak rata, sempit, licin, cuaca tidak menentu, pendakian/penurunan bukit curam dan terlalu hampir dengan gaung dalam amat menguji ketahanan mental dan fizikan para pemandu. Ada hari-hari tertentu, tenaga mereka dikerah memandu di laluan berliku dari mula fajar menyingsing sehingga melepasi waktu terbenamnya mentari! Tambahan pula mereka (para pemandu) juga turut menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan pada waktu malam yang adakalanya berakhir agak larut.


Walau apapun cabaran yang dihadapi, kesemua para pemandu yang menyertai program ini tetap teguh dan bersemangat melaluinya. Pada pandangan penulis, dengan kemahiran, kecekalan dan sikap positif yang telah ditunjukkan, mereka ini telah "lulus ujian" dan pada bila-bila masa sekiranya DYAM Tunku Canselor ingin mengadakan acara konvoi kenderaan pacuan empat roda, Universiti tidak lagi punyai masalah untuk mencari calon pemandu. Sewajarnya penghargaan dan penghormatan yang tinggi diberikan kepada semua "Pilot" Universiti ini. Wa caya sama lu!!!

Taburan Budi Pasukan Perubatan UTHM


Dalam memenuhi misi mengeratkan hubungan dan jalinan Universiti dengan masyarakat, pasukan ekspedisi UTHM Jelajah Sabah 2009 ini turut disertai tiga oreng wakil dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Mereka adalah Sarif Amin (Penolong Pegawai Perubatan), Nor Azlina Hasan (Jururawat) dan Jamaludin Mohd Elmi (Pemandu).

Mereka telah mempamerkan perkhidmatan yang sangat cemerlang sepanjang berada di Negeri Sabah dengan menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan perubatan di tempat-tempat yang dilawati oleh pasukan konvoi.



Antara lokasi yang mendapat sambutan yang amat memberangsangkan adalah ketika di Rumah Panjang Salarom Taka Keningau dan Kampung Imam Lauhari, Tampi-Tampi Semporna. Keramahan dan layanan mesra yang diberikan telah berjaya menarik dan memikat hati para penduduk untuk mengunjungi meja bantuan perubatan yang dibuka. Para mangsa kebakaran rumah dari Kampung Air Semporna turut menerima sumbangan ubat-ubatan dari pasukan perubatan UTHM semasa kunjungan ke penempatan sementara di Dewan Masyarakat Semporna didakan.


Tahniah kepada Pusat Kesihatan Universiti UTHM!

Sunday, December 20, 2009

Selamat Tiba

19 Dis 2009: Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT, semua peserta program UTHM Jelajah Sabah 2009 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Senai Johor pada jam 10:40 malam

Saturday, December 19, 2009

Team Media



Peserta Konvoi UTHM Jelajah Sabah 2009 ini terut disertai oleh dua orang wakil dari pihak media iaitu Khatijah Ibrahim dari Utusan Malaysia serta Stephan Jipolin Jouti dari Jabatan Penerangan Sabah.
Kedua-dua mereka mengikuti sepenuhnya ekspedisi Jelajah Sabah ini dan melalui semua aktiviti yang dilaksanakan sepanjang penjelajahan ini.



Hasil kerjasama yang diberikan telah membolehkan hebahan mengenai program jelajah ini tersiar di akhbar dan di Radio RTM Sabah.



Selain dari itu, urusan hebahan dan siar raya turut dibantu oleh team media UCiTV UTHM yang diwajili oleh Nazar (Video) dan Jaafar (foto). Mereka telah merakamkan setiap aktiviti yang dilaksanakan dengan jayanya.



Hebahan program ini turut dibuat secara berterusan melalui laman blog ini oleh penulis sendiri mewakili Unit Perhubungan Awam UTHM

Menjamah Coklat


Pagi hari kelapan di Sabah bermula dgn kunjungan ke Butik Coklat di Jln Kepayan.
Di sini peserta diberi taklimat ringkas mengenai proses membuat coklat.
Yang dinanti-nantikan adalah sesi menjamah sampel yg disediakan. Semua peserta mengambil peluang keemasan ini dgn sebaik-baiknya memandangkan coklat di sini agak eksklusif dan sedap.
Walau apapun, yang menjamah semua, yg membeli sekerat aje......
* lawatan ini tidak di sertai Ketua Rombongan! Prof Jai dan 6 org student krn mereka menaiki pesawat pagi utk ke semenanjung.
Sent from Shafry's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 18, 2009

Farewell Dinner di Kota Kinabalu


Setelah 7 hari berkelana dari Parit Raja ke K.Kinabalu, menjelajah lembah dan lurah, gunung dan bukit di negeri Sabah ini, semua peserta dibawa oleh pihak Intrabuana ke Restoran Nelayan di K.Kinabalu untuk menikmati jamuan makan malam.



Sent from Shafry's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selamat Tiba di Kota Kinabalu

Tepat jam 3.30ptg, semua 10 kenderaan yang terlibat dalam ekspedisi UTHM Jelajah Sabah 2009 selamat tiba di perkarangan Hotel The Palace K.Kinabalu.
Ketibaan ini menandakan berakhirnya perjalanan menggunakan kenderaan pacuan empat roda di negeri Sabah yg buat julung kalinya diadakan ini.
Sent from Shafry's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perjalanan Penuh Liku Ranau - Tambunan


Ketahanan fizikal dan mental para pemandu UTHM sekali lagi teruji. Kali ini keadaan permukaan jalan raya dari Ranau ke Tambunan menjadi pentas menguji kecekapan pemanduan.


Selain berbukit-bukit dan banyak selekoh, permukaan jalan yang tidak bertar (tanah merah / berbatu) menjadi sebahagian dari lanskap perjalanan selama 2 jam ini.

Terdapa banyak tempat yang dalam proses membaik pulih kesan dari tanah runtuh. Di samping itu, kerja-kerja pembinaan jalan yang tidak sepenuhnya mematuhi ciri-ciri keselamatan seperti ketiadaan kon, penanda amaran dan petugas lalu lintas seringkali mencetus rasa cemas para pemandu. Banyak juga keadaan di mana jalan raya dua lorong tiba-tiba menjadi satu lorong yang sempit. Keadaan ini menjadi lebih bahaya sekiranya pembinaan tersebut dilakukan di pinggir tebing yang curam dan dalam.

Berkunjung ke Rumah Anak Yatim Tambunan


Jam 11.15 pg: Konvoi tiba di Rumah Anak Yatim Tambunan yg merupakan pusat jagaan anak yatim terbesar di Negeri Sabah.
Rombongan disambut Timbalan Pengetua Ust. Abd Ghapar Abd Rahman.
Rumah ini ditubuhkan pada 1983 dan dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam Sabah. Idea penubuhan datang dari Datuk Hj Harris Mohd Salleh yg memimpin Parti Berjaya pada ketika itu.
Kos pembinaan asrama berkeluasan 15 hektar ini adalah RM 3.5 juta. Ini merangkumi kemudahan asrama, pejabat, dewan, padang dan surau.
Pengasas dan Pengetua pertama Rumah Anak Yatim ini adalah seorang warga Australia bernama Hj. Luqman Hakim Landy.

Pada ketika ini rumah ini dihuni 153 anak yatim yg datang dari seluruh pelusuk Sabah. Keutamaan adalah anak2 yg yatim piatu. Akan tetapi rumah ini turut menerima anak2 dari keluarga fakir khasnya dari suku kaum Dusun.
Penubuhan rumah yatim ini sememangnya bermotifkan dakwah. Pada tahun 1983, tidak ada satu rumahpun di sekitar rumah ini didiami oleh orang Islam. Pada hari ini beberapa kediaman orang Islam telah mula wujud.
Salah satu usaha dakwah yg berkesan yg telah dilksanakan rumah ini adalah menerima kemasukan anak2 yatim bukan Islam tinggal di rumah ini.
Kira2 20 anak yatim bukan Islam pernah mendiami rumah ini termasuklah 2 beradik yg sdg mendiami rumah ini skrg. Menurut Ust Gapar hampir semua anak2 bukan Islam ini memeluk Islam dan sbhgnya pula turut membawa ibu atau bapanya memeluk Islam.
Dalam kunjungan ini UTHM telah menyampaikan sumbangan dalam bentuk barangan spt bag & peralatan sekolah, printer dll.

Selesai acara di Rumah Ank Yatim  tersebut kami bergerak ke bandar Tambunan dan singgah di Masjid Nurul Iman bagi menunaikan Solat Jumaat. Masjid ini terletak di atas bukit, oleh itu suara Khatib yang menyampaikan khutbah dapat didengari agak jelas dari kawasan pekan yang terletak dibawah bukit tersebut.

Selepas solat, peserta konvoi mengambil kesempatan mengedarkan brosur/pamplet dan item promosi kepada para jemaah yang keluar dari masjid. Ternyata sambutan yang diterima amat menggalakkan. Sebahagian daripada mereka bertanyakan pelbagai soalan berkenaan UTHM khasnya bidang pengajian dan syarat-syarat kemasukan.   
Sent from Shafry's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Memahami Teh


Teh merupakan satu minuman yg paling digemari dan popular di seluruh dunia.
Di Malaysia, Teh Tarik menjadi minuman wajib di mana2 warong dan restoran, malah menjadi salah satu item tarikan dalam menu promosi makanan Negara.


Lawatan ke Ladang Sabah Teh memberi peluang kpd peserta utk mengetahui latar belakang & proser pembuatan teh.
Di sini juga peserta berkesempatan melawat Rumah Panjang suku kaum Rungus.



Sent from Shafry's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gamitan Kinabalu


Sekitar jam 6 pg. Inilah masa yang terbaik untuk ambil gambar Gunung Kinabalu.

Di Resort ini, balkoni chalet no 14 menjadi lokasi terbaik utk dpt view gunung tertinggi di Asia Tenggara ini.
Peserta konvoi sempat bergambar berlatangbelakangkan gunung Kinabalu ini dan menjelang jam 6.30 sebahagian gunung tersebut dah tidak kelihatan lagi kerana kabus tebal mula menyelubung.

Sent from Shafry's BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 17, 2009

Bermalam di Kaki Gunung Kinabalu



Kelesuan akibat perjalanan selama 10 jam bagai terubat sebaik sahaja kenderaan konvoi tiba di hadapan hotel penginapan Mount Kinabalu Heritage Resort & SPA. Kedudukan hotel kawasan tanah tinggi dan persekitaran yang masih dilitupi hutan menjadikan udara dan suhu sejuknya begitu nyaman dan segar.